Masjid Zahir Alor Setar

Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar

Jika Anda berminat untuk melakukan pelancongan ke tempat-tempat bersejarah yang berunsur keagamaan, maka Anda wajib mengunjungi Masjid Zahir Alor Setar.

Masjid bersejarah ini telah berusia lebih dari 100 tahun, jadi pastinya sangat menarik untuk dilawati. Letaknya yang terletak di pusat bandar membuat akses ke masjid ini sangat mudah. Anda boleh melawat masjid ini ketika sedang bercuti, terutamanya apabila waktu solat tiba.

Seni bina yang cantik dan suasana yang tenang menjadikan pengalaman beribadah di masjid ini semakin bermakna. Masjid ini juga mempunyai keunikan dengan memiliki lima buah kubah hitam yang melambangkan lima rukun Islam. Ia sungguh unik, buka SEJARAH

SEJARAH MASJID ZAHIR ALOR SETAR

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821).

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar LangkatSumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Menurut sejarah apabila telah masuk waktu solat fardhu maka Jam Besar akan berbunyi dengan dulu alunan irama Nobat dan kemudiannya barulah azan akan dilaungkan di Masjid Zahir dan tradisi ini berjalan sehingga beberapa lama kemudian.

FOTO ahmad.syarafi picturesyndicate.net

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *