nasi lemak royale hijau kuning

Nasi lemak royale ni sangat famous di Alor Setar. Banyak restoran-restoran nasi lemak royale yang ada disekitar Alor Setar. Selain Nasi Lemak Royale Hijau Kuning ni, ada juga Nasi Lemak Royale Jalil dan Nasi Lemak tepi istana. Nasi lemak royale ini lebih kurang dengan style nasi kandar. Perbezaannya ialah mereka menggunakan nasi lemak. Boleh dikatakan rare sikit dan hanya terdapat di Alor Setar. Cawangan restoran ini telah berkembang di negeri- negeri lain, tapi sekiranya mahu merasai yang asli semestinya di Alor Setar.

Anda dapat merasai sendiri keistimewaan nasi kandar yang menggunakan nasi lemak di sini. Biasanya, kita menikmati nasi lemak dengan kuah sambal, bukan? Tetapi di sini, mereka menghidangkan nasi lemak dengan campuran kuah ala gaya nasi kandar. Bagi mereka yang merancang berkunjung ke Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, Anda dapat merujuk ke koordinat GPS dan Google Maps seperti yang tertera di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *