grand alora hotel

Grand Alora Hotel ialah sebuah hotel bintang lima yang terletak di Alor Setar. Ia menawarkan penginapan mewah yang dijaminkan memenuhi keperluan tetamu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Hotel ini menyediakan sejumlah 235 bilik tetamu dan 19 suite yang dihias dengan indah dan penuh kemewahan. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen skrin rata, bar mini, cerek elektrik, peralatan membuat teh/kopi, dan telefon. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas, set mandian, dan pengering rambut. Manakala untuk suite, bilik mandi mereka juga menawarkan kemudahan tab mandi.

Para tetamu yang menginap di Grand Alora Hotel boleh menggunakan kemudahan mesyuarat dan banquet. Ia juga menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dengan ruang penyimpanan beg percuma dan kemudahan tempat letak kereta percuma.

Bangunan ini terletak 10 minit dengan kereta dari Stesen Bas Shahab Perdana. Lapangan Terbang Kepala Batas hanya 20 minit dengan pemanduan, manakala Pulau Langkawi boleh diakses dalam masa 1 jam 40 minit dengan feri.

Bilik Tersedia di Grand Alora Hotel

GRAND ALORA SUITE

Saiz Bilik : 130m/1399 kaki
Pemandangan : Gunung
1 Katil Queen

DELUXE SUITE

Saiz Bilik : 50mm/538 kaki
Bilik Larangan Merokok

DELUXE TWIN

Saiz bilik 27m/291 kaki
Pemandangan Jalan
2 Katil Single

PREMIUM EXECUTIVE SUITE

Saiz Bilik : 88m/947 kaki
Pemandangan : Bandar
1 Katil Queen & 2 katil single

EXECUTIVE SUITE

SAIZ BILIK : 57m/614 kaki
Pemandangan : Bandar
1 Katil King & 1 set Sofa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *