Kota Kuala Kedah (Kuala Kedah Fort)

Kota Kuala Kedah adalah sebuah kompleks bersejarah yang terletak di bahagian utara sungai Kedah.

Kota atau kubu ini telah dibina untuk melindungi negeri Kedah dan juga ibu negerinya, Alor Setar pada tahun 1771 oleh Sultan Muhammad Jiwa. Kota Kuala Kedah telah menjadi saksi serangan daripada Bugis, Siam dan juga Acheh.

Pada tahun 1909 iaitu sewaktu di bawah jajahan British, beberapa buah pejabat telah dibina di sekitar Kota Kuala Kedah.

Ketika zaman penjajahan Jepun pula, kawasan ini digunakan sebagai ibu pejabat sehinggalah tahun 1945 sebelum kembali semula ke dalam tangan British.

Pada tahun 1978, Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai tapak bersejarah oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Alamat: Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah, Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara), Kampung Seberang Kota, 06600 Kuala Kedah

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (9.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 6.00 pm)

Harga: Percuma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *