Nak rasa laksa Kedah yang sebenar? Ini port wajib singgah! Kuahnya pekat likat dengan rasa ikan segar, memang lain dari yang lain. Paling istimewa, ia dihidangkan dengan Sambal Kelapa yang lemak pedas. Sekali hirup, gerenti peluh dahi! Kalau lapar sangat, boleh minta hidangan istimewa ikan “sekakor” (seekor).

β¨ Apa Yang Padu? :
- π Kuah Pekat Melekat: Rasa masam pedas yang ‘kaw’ dan penuh dengan isi ikan hancur.
- π Special Ikan Sekakor: Boleh request seekor ikan kembung rebus solid diletak atas laksa. Memang puas!
- π₯₯ Sambal Kelapa: Ini rahsia kesedapan dia. Gaul sambal ni dalam kuah, rasa dia jadi berlemak dan unik.

π Lokasi: Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah. (Tepi jalan besar menghala ke Jeti Kuala Kedah)
π Waktu Operasi: Sabtu – Khamis: 12:00 Tengahari β 7:00 Malam (Jumaat Tutup)

