tentang kami

MISI KAMI

Misi kami ialah memperkenalkan Alor Setar kepada umum sebagai sebuah bandaraya yang berbaloi untuk dikunjungi dan dilawati.

Laman ini juga berfungsi sebagai sokongan sukarela daripada pihak swasta diatas usaha kerajaan negeri mempromosikan Alor Setar sempena dengan Tahun Melawat Alor Setar 2024.

Pengalaman berbeza

Alor Setar tidak seperti bandar-bandar lain yang terlalu sibuk & sesak.

Alor Setar mempunyai keunikan tersendiri kerana bandarnya tersusun rapi dibersama suasana kampung yang tenang dan damai,yang sukar diperolehi di bandar-bandar lain pada masa kini.

Teras utama kami

Kami mendukung penuh gagasan “Kedah,negeri tempat orang miskin boleh berteduh,tempat orang kaya menabur bakti.”

Mempromosikan tempat-tempat menarik
Menggalakan penghayatan sejarah
Mewujudkan suasana yang harmoni